NADI Kidventure (Bijak Kewangan)
26 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2026, telah diadakan webinar Kidventure “Bijak Kewangan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.
Sesi Webinar kidventure Bijak kewangan memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pengurusan kewangan secara bijak, termasuk kepentingan menabung, merancang perbelanjaan, membezakan keperluan dan kehendak, serta mengurus wang dengan berhemah. Melalui topik ini, peserta dapat membentuk tabiat kewangan yang baik sejak usia muda dan meningkatkan kesedaran tentang nilai wang serta tanggungjawab dalam membuat keputusan kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: